Yey..!! Blog Baru..!!!12/03/11
Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers..
selamat datang ^^ ke blog aku ni yang nak kata baru tak baru sangat la, tapi theme memang baru punya. hosting masih pakai hosting lama yang FREE dan domain redirection yang lama. tengkiu sponser-sponser ku yang baik hati. hakhak. sampai hari ni dah dua hari aku godek-godek theme ni. nak bagi lawa punya pasal. dengan CSS, plugin-plugin bagai, setup-setup sana-sini, bole la diterima akal aku rupa blog baru ni. tapi masih tak memenuhi piawaian aku lagi ni. aaa.. baru tau aku ni cerewet.

mana pergi entri yang lama..?? malang sekali aku tak dapat selamatkan diorang. *malas nak recover db* aku harap kalian selamat bersemadi dengan aman. peace.V.
mulai dari entry ini dan seterusnya, penulisan akan ditulis dalam Bahasa Malayu. err.. dan English. yeah..!! kepada presiden-presiden dan VVIP di luar sana yang tak paham bahasa melayu tu sila dapatkan khidmat En. Google Translate dan seangkatan dengannya kalu nak baca weblog aku ni. pandai-pandai korang la kan. sapa suruh tak belajar Bahasa Melayu. kahkahkah. corak penulisan juga akan diubah kepada konsep santai bercampur skema.
weblog ni terbahagi kepada 2 fungsi utama. first, sebagai laman rasmi ZEteX Group dan seken, sebagai blog peribadi. laman rasmi menyediakan koleksi software-software daripada ZEteX Group, seperti.. ahhh.. malas la nak taip.. tengok sendiri la kat page projek tu.. blog peribadi pulak kalu korang nak baca entri merepek dan merapu yang aku tulis tu.
ok. dah la tu. panjang dah entri pertama ni. tulis panjang-panjang orang bukan nak baca pun. kan kan kan..
dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan ini merasmikan weblog rasmi ZEteX Group version 3 dengan penuh kebanggaan di wajah. *clap clap clap* sekian..
You can leave a response, or trackback from your own site.





2 Responses to this article
tahniah abg ku…. hahahah
tq adik ku. haha..