Akta Jenayah Siber18/07/11

 


Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers..

baru-baru ini negara digemparkan dengan ugutan daripada penggodam (hackers) yang mengelarkan diri mereka sebagai Anonymous berkenaan dengan sekatan 10 laman web perkongsian fail oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM ). hackers dari Malaysia pun tak kurang juga yang mengambil kesempatan mencuba kemahiran masing-masing meggodam laman-laman web rasmi institusi-institusi kerajaan.

menggodam laman web adalah satu kesalahan, dan dianggap sebagai satu jenayah. Akta Jenayah Komputer di Malaysia telah diluluskan di Parlimen pada Mac 1997 dan mula dikuat kuasa sejak 1 Jun 2000 lagi. denda yang dikenakan juga adalah berat jika tertangkap.

berikut merupakan jenis kesalahan dan denda bagi jenayah siber:

CAPAIAN TANPA KUASA S.3 AJK 97

Ringkasan Diskripsi Kesalahan:
Membuat capaian mana-mana komputer tanpa diberi kuasa.
Denda:
Tidak melebihi RM 50,000.00 atau
penjara 5 tahun atau
kedua-duanya sekali

CAPAIAN TANPA KUASA BAGI MELAKUKAN KESALAHAN LANJUT S.4 AJK 97

Ringkasan Diskripsi Kesalahan:
Melibatkan fraud atau kecurangan atau yang menyebabkan kecederaan.
Denda:
Tidak melebihi RM 150,000.00 atau
penjara 10 tahun atau
kedua-duanya sekali

PENGUBAHSUAIAN TANPA KUASA S.5 AJK 97

Ringkasan Diskripsi Kesalahan:
Pengubahsuaian tanpa kuasa kandungan mana-mana komputer.
Denda:
Tidak melebihi RM 100,000.00 atau
penjara 7 tahun atau
kedua-duanya sekali

KOMUNIKASI SALAH S.6 AJK 97

Ringkasan Diskripsi Kesalahan:
Berkomunikasi melalui mana-mana cara capaian kepada suatu komputer tanpa diberi kuasa.
Denda:
Tidak melebihi RM 25,000.00 atau
penjara 3 tahun atau
kedua-duanya sekali

PERSUBAHATAN & PERCUBAAN S.7 AJK 97

Ringkasan Diskripsi Kesalahan:
- Bersubahat dalam perlakuan atau cuba untuk melakukan mana-mana kesalahan.
- Perlakuan apa-apa perbuatan persediaan kepada atau bagi mencapai perlakuan mana-mana kesalahan.
Denda:
Dipenjara untuk tempoh tidak melebihi satu perdua tempoh maksima yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.

ANGGAPAN S.8. AJK 97

Ringkasan Diskripsi Kesalahan:
Menyimpan maklumat tanpa kuasa dalam komputer di bawah kawalan disifatkan telah memperolehi capaian tanpa kuasa.
Denda:
(sama seperti denda memperolehi capaian komputer tanpa kuasa)

pesanan penaja:
bagi yang berjinak-jinak tu, jgn lupa minta advice dari senior-senior untuk mengelakkan kegiatan anda dari dikesan. tak pun jangan nak cuba-cuba kalau masih belum faham apa itu KOMPUTER. kalau kena tangkap memang menyesal tak sudah oke.. ^^,

“Don’t Learn to Hack, Hack To Learn”- Darknet

portal rasmi laman web

You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to this article

 
rie July 30, 2011 Reply

jika kita mencepatkan download dengan cheat engine adakah ia satu kesalahan ?

 
ZaXx EfaNdy July 30, 2011 Reply

cepatkan guna cheat engine? adakah guna download manager yang di-crack? boleh bagi contoh?

kalau guna software crack memang satu kesalahan dari segi hakcipta dan harta intelek. tapi pihak berkuasa sukar nak benteras isu pirate ni kerana terlalu banyak software-software pirate/crack disebarkan melalui internet sekarang.

Maklum Balas