Meme Popular04/07/11

 


Assalamualaikum da selamat sejahtera readers..

pernah dengar perkataan ‘Meme’ (disebut sebagai ‘meem’)? menurut Urban Dictionary meme adalah:

satu idea, kepercayaan atau sistem kepercayaan, atau corak tingkah laku yang merebak di seluruh budaya sama ada bertiangkan warisan budaya (seperti ibu bapa kepada anak-anak) atau berlandaskan pengambilalihan budaya (seperti oleh rakan-rakan, media maklumat, dan media hiburan)

masih tak faham? tengok gambar dibawah:

memang sangat annoying bukan, first time admin tengok pun dah meyampah. tapi kelakar la jugak. kahkah.

di Internet, terdapat banyak jenis meme yang dapat dilihat di laman-laman sesawang. contoh karakter meme yang paling popular di Malaysia adalah Trollface/Coolface, Rageguy, Forever Alone Guy dan Y U NO Guy. dan ada banyak lagi meme yang lain. rajin-rajin tanya pakcik google untuk tahu lebih lanjut oke.

kebiasaannya meme jenis lukisan hitam putih ini digunakan dalam komik mudah lukis menggunakan MSPaint sahaja. dengan tambahan karakter meme ini di penghujung atau akhir komik untuk menyampaikan mesej atau perasaan karakter utama.

mari lihat beberapa maksud karakter meme yang terkenal beserta asal-usulnya:

1. Trollface, a.k.a. “Coolface”
 

Parihal: adalah satu watak yang digunakan untuk membayangkan hasrat seseorang untuk mengangu yang lain.
Asal-usul: komik  MSPaint mengenai sikap menggangu tanpa tujuan (troling) di 4Chan/v/, dikirim oleh pengguna deviantART dengan username Whynne pada 19 September 2008.

2. Rageguy
 

Parihal: biasa digunakan untuk menyatakan rasa kekecewaan yang serius, geram atau tidak berpuas hati dalam keadaan tertentu.
Asal-usul: satu komik berkenaan “tandas splashback”, pertama disiarkan di 4chan pada bulan Ogos 2008, dengan menggunakan template yang disediakan oleh poster asal.

3. Forever Alone Guy
 

Parihal: digunakan untuk menyatakan kesepian dan kekecewaan dengan kehidupan. Pencipta komik kadang-kala mengubah satu perkataan atau kedua-dua perkataan “forever alone” untuk kesan yang lebih lucu.
Asal-usul: masih tidak diketahui.

4. Okay Guy
 

Parihal: sentiasa patuh dengan berkata “okay” dalam pelbagai keadaan. watak yang paling innocence. ^^
Asal-usul: dari laman Reddit, dikirim pada 24 Ogos 2010.

5. “Y U NO” Guy
 

Parihal: watak yang digunakan bersama perkataan ringkasan SMS dan tatabahasa bebas sebagai cara untuk membawa perhatian seseorang mengenai sesuatu tajuk atau isu.
Asal-usul: dari Gantz  bab 55 : Naked King, sebuah manga sci-fi Jepun yang dikeluarkan pada Februari 2002.

6. Fuck Yea Guy
 

Parihal: adalah watak puas akan diri sendiri yang digunakan untuk meluahkan rasa bangga atau sentimen kemenangan, seperti apabila anda bangun beberapa saat sebelum jam penggera berhenti berbunyi di waktu pagi.
Asal-usul: dikirim melalui /b/ board pada 11 Februari 2010.

7. “Me Gusta” Guy
 

Parihal: biasanya digunakan untuk bertindak balas dengan peristiwa yang janggal atau menjijikkan dengan “me gusta,” yang bermaksud “ia mengembirakan saya” dalam bahasa Sepanyol (selalunya difahami sebagai “Saya suka” dalam Bahasa Inggeris).
Asal-usul: dicipta oleh Redditor “Insert” yang mula-mula mengirimnya di 4chan pada bulan Mac 2010.

8. Cereal Guy
 

Parihal: adalah watak orang lidi yang sering digunakan di forum-forum perbincangan sebagai wajah pelbagai guna.
Asal-usul: kartun berkenaan pasangan yang bertengkar dan disiarkan di Forum SomethingAwful oleh pereka grafik Bob Averill pada tahun 2007.

oke, mari lihat contoh-contoh “Rage Comic”

lagi..

lagi..

dan lagi..


You can leave a response, or trackback from your own site.

Maklum Balas