Friendster Dan MySpace ???03/07/11

 


Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers..

seperti MySpace, kini Friendster semakin dilupakan. nama yang gah dan disebut-sebut satu masa dulu, kini tidak lagi. apabila pesaing hebat yang memanopoli dunia rangkaian sosial sekarang, Facebook mengambil tempat di hati pengguna dan mengantikan Friendster dan MySpace.

MySpace telah dijual kepada Specific Media secara rasminya dengan anggaran harga sebanyak $35 juta. Mungkin News Corp, pemilik asal laman tersebut tidak lagi dapat menanggung kos untuk menjalankan laman sosial yang pernah dibeli  pada harga $580 juta itu. MySpace kini menambah beberapa ciri-ciri baru seperti music player dan upload music. pengguna juga boleh membeli lagu-lagu terus dari MySpace menggunakan perkhidmatan dari Amzon dan iTune Store.

Friendster pula lain ceritanya. setelah meminta pengguna membuat salinan data mereka dari laman tersebut, kini Friendster telah berubah arah secara drastik kepada laman rangkaian sosial yang berasaskan permainan. pengguna boleh login menggunakan email dan kata laluan dari Friendster yang terdahulu atau menggunakan Facebook Connect.

wah, banyak perkara menarik berlaku dalam dunia rangkaian sosial hari ini. sama-sama nantikan perkembangannya. ^^


You can leave a response, or trackback from your own site.

Maklum Balas