Google Memperkenalkan Google+03/07/11
Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers..

baru-baru ini Google telah mengumumkan projek terbarunya iaitu Google Plus (Google+). Google+ merupakan satu aplikasi rangkaian sosial yang mengabungkan pelbagai perkhidmatan yang disediakan Google dalam satu halaman, beserta beberapa tambahan fungsi sosial lain. antaranya ialah Google Circles; yang membahagikan rakan-rakan mengikut kumpulan.
fungsi upload video juga disediakan untuk pengguna Google+ dimana pengguna juga bleh meng-edit dan menambahkan efek kepada video tersebut sebelum dikongsikan kepada orang lain. selain itu fungsi panggilan atau sembang video juga diperkenalkan, dimana pengguna boleh bersembang secara perseorangan mahupun secara berkumpulan pada masa yang sama.
Google+ telah pun dilancarkan, akan tetapi hanya kepada ahli-ahli yang menerima jemputan sahaja. bagi mereka yang tidak sempat mencuba Google+, mari sama-sama nantikan pelancaran rasmi Google+kepada umum sedikit masa lagi.
jom tengok demo Google+: https://www.google.com/+/demo
You can leave a response, or trackback from your own site.





Maklum Balas
Leave A Reply