Fakta Kata Laluan (Password)22/06/11
Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers..
username dan password – dua perkataan yang tidak asing dalam dunia siber. ia adalah satu langkah atau proses pengesahan (authentication) yang asas dalam menentukan hak seseorang itu keatas sesuatu maklumat atau perkara.

adakah kata laluan yang anda gunakan untuk akaun Facebook, Twitter, Email, dan perbankan online sukar untuk digodam.? mari kita lihat fakta menarik yang dapat membantu anda mencipta kata laluan yang lebih selamat untuk digunakan.
Adakah anda tahu?
- Kata laluan 6 digit yang mengandungi kombinasi ‘lower case’ – perlukan 10 minit untuk digodam.
- Kata laluan 6 digit yang mengandungi kombinasi ‘upper case’ – perlukan 10 jam untuk digodam.
- Kata laluan 6 digit yang mengandungi kombinasi nombor atau simbol – perlukan 18 hari untuk digodam.
- Kata laluan 9 digit yang mengandungi kombinasi nombor dan simbol – perlukan 44,530 tahun untuk digodam.
*berdasarkan laporan statistik yang dikumpul dari Blommberg Businessweek
You can leave a response, or trackback from your own site.





Maklum Balas
Leave A Reply