Bateri Habis~!!!14/06/11

 


Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers..

aku nak cerita sikit pasal kejadian yang selalu berlaku masa aku balik kampung. biasanya kalau aku balik kampung aku akan menggunakan perkhidmatan bas sebab murah dan senang. sekarang perjalanan yang akan dilalui aku adalah selama 11 hingga 13 jam  dari tempat pengajian untuk balik kampung. bergantung kepada kelajuan, kecekapan dan kehandalan driver bas tu bawak. dulu masa ambil diploma, nak balik je kol rumah suruh orang datang jemput. 30 min je sampai la rumah. tapi sekarang tak dapat la. kena la balik sendiri. -.-”

aku lebih suka ambil bas malam sebab boleh tido. sedar-sedar je “eh.. dah sampai dah..??” hahahaha.. bayangkan naik bas malam-malam. apa yang akan korang rasa? nak tengok pemandangan kat luar tak nampak apa. gelap je. kalau nak tido pulak takda feel sebab bunyi enjin bas yang meneran naik bukit kat highway tu. nak borak-borak takda awek kawan pulak. so, untuk menghilangkan bosan yang membelenggu tu aku akan dengar mp3.

aku selalu dengar mp3 pakai handphone aku.. bukan handphone power pun, iPhone Nokia 6210 Classic je.. tapi handphone buruk tu la yang telah menyelamatkan aku dari kebosanan atas bas tu. bateri handphone aku ni boleh kata ok lagi. masih dapat bertahan selama 1 hari kalu tak digunakan. lama la tu kan.

nak dijadikan cerita, aku akan tido tanpa off kan mp3 player yang terpasang tu. biasa la dengar lagu justin bibir yang mendayu-dayu akan buat aku cepat lelap. bila bangun tengok bateri handphone tu dah tinggal 1 bar. takpun dah tak boleh nak on sebab baterinya habis langsung. dan menjadi satu masalah untuk aku mencari public phone yang masih boleh pakai untuk kol dan maklumkan famili aku bahawasanya aku dah sampai. bukan senang la nak cari public phone yang masih elok sekarang ni. kadang-kadang orang tak perasan pun wujudnya benda tu kat sebelah tiang sana. zaman dah canggih. masing-masing dah ada handphone sendiri. apa barang guna public kan. ceh~

tapi jangan kita lupa, saat-saat darurat macam ni akan buat kita menghargai public phone tu. biar la kemek sana sini sampai pondok dah rupa hape dah, skrin pun nampak tak nampak je, tapi kalau gangang tu masih berbunyi “tooot.. tooot..” pasti tersinar harapan dari muka insan yang memerlukannya seperti aku ni.. hakahak..

orait, untuk mengelakkan peristiwa yang sama berulang kembali, mari sini kita belajar…

Cara Jimatkan Bateri Handphone Supaya Tahan Lebih Lama

  • 1. tutup handphone anda jika tidak digunakan.
  • 2. tukarkan kepada offline mode atau flight mode.
  • 3. tutup fungsi getaran (vibrate) dan gunakan hanya nada dering (ringtone).
  • 4. minimumkan kecerahan dan masa penggunaan Backlight.
  • 5. jangan gunakan fungsi yang tidak penting seperti kamera dan membuat sambungan ke internet. flash dari kamera akan menyebkan bateri cepat habis. internet pula akan memaksa pemproses handphone bekerja lebih kuat dan mengunakan banyak tenaga bateri.
  • 6. pendekkan masa berbual melalui handphone.
  • 7. tutup fungsi Bluetooth, WIFI, GPS, dan infrared.
  • 8. gunakan GSM berbanding 3G atau kedua-duanya sekali (dual-mode). GSM menjimatkan 50% penggunaan bateri berbanding menggunakan 3G.
  • 9. elakkan penggunaan video atau wallpaper beranimasi pada skrin.
  • 10. gunakan latar belakang atau tema (theme) yang berwarna hitam atau gelap.

sekian, semoga bermanafaat.. :)


You can leave a response, or trackback from your own site.

Maklum Balas